Tuesday, October 27, 2009

The Torments Of Hell!!


Gambar Hiasan

If only you knew the torments of hell
It is the worst of places where anyone could dwell

It is in existence even as we speak
And for its inhabitants the outlook is bleak

On the day of rising, hell will be in view
A terrible sight, if only you knew

It will be brought forward by 70,000 reigns
And 70,000 angels will be on each of those chains

After burning for a thousand years , it’s flames turned white
A thousand more years, now it’s as black as the night

You think the flames are bearable, you’re totally wrong
The flames are of hell are sixty nine times as strong

In a flash it will disintegrate all of your bones
The hellfire will be fuelled by man and stones

The thickness of your skin will greatly increase
Causing your threshold for pain to greatly decrease

The people in hell are there to stay
They will melt to nothing, 70,000 times in a day

70 years it will take, for a stone that is thrown
to hit the bottom of hell and it won’t be alone

the food of hell resembles a devil’s head
and to drink, boiling water and blood bright red

which cuts up the bowels, everything will fall out
the inhabitants of hell will scream and shout

some will be taken out by Almighty Allah’s command
but the polytheists will stay eternally damned

take up islam, the only way to succeed
and if you don’t, you’re unfortunate indeed

Brothers and Sisters, Help determine your fate
Once you see Hellfire, It'll be far too late...

Our Beloved Prophet, Muhammad Rasulullah S.A.W (Pbuh)




Years, Decades, Centuries...time had passed
Young, All, Old...were lost in the past
Vice, Evil, Sin...had spread so fast
A Messenger, Prophet, Saviour...was born at last

Sent as a guidance to mankind
The world's complication did he unwind
Our salvation, his day and night concern
The hereafter being the point of no return

Days, Weeks, Months...years have gone
Piety, Goodness, Devotion...changes have dawn
Peace, Love, Unity...mercy has drawn
Help, Guidance, Direction...a Saviour was born

His heart bore constant remembrance
His actions leading to eternal deliverance
His speech knocked at every heart
His finger split the moon apart

Poverty, Difficulty, Hunger...Patiently did he bear
Just, Righteous, Fair...piety did he wear
Concerned, Worried, Crying...always did he care
Striving, Efforts, Sacrifice...darkness did he tear

Peace, Harmony, Security...marked his presence
Disorder, Chaos, Danger...marks his absence.

Friday, October 23, 2009

Sunnatullah Kebangkitan Sesebuah Ketamadunan

(peta dunia kuno)

Aritkel : Ini sejarah kita (Syazwan@Wea)
Edit by : penulis


Dalam setiap sesuatu kejadian, pasti ada permulaan yang kemudiannya, jika diasuh rapi, dijaga teliti( kena caranya), akan berkembang menjadi sesuatu yang membuahkan hasil dan bermanfaat. Sepertimana sperma dan ovum permulaannya bertemu di dalam pangkal rahim yang diasuh sempurna Allah s.w.t yang Maha Kuasa sehingga akhirnya tercipta seorang bayi yang sempurna yang akan dilahirkan oleh ibunya. Atau mungkin juga seperti sebiji benih yang menumbuhkan sebuah pokok sekiranya dicukupkan dengan air, cahaya, baja dan karbon dioksida lalu memberi maanfaat kepada seluruh alam. Walaubagaimanapun setiap yang bermula itu pasti akan ada akhirnya sepertimana juga setiap pertemuan itu akan ada perpisahan menantinya. Waallahualam.

Begitulah sunnatullah alam, telah ditetapkan Allah s.w.t dari awal penciptaan alam ini lagi, tidak berubah, tetap, dan berterusan dengan izin Allah s.w.t. Segala-galanya bermula kecil, kemudian membesar dan akhirnya bertemu ajalnya. Tiada apa yang kekal di dunia ini selain Allah.s.w.t. Firman Allah tentang hukum Allah ditetapkan yang berbunyi


"Sebagai suatu sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu. ” (Surah Al Fath 48:23)

(Ilustrasi Tamadun Islam)


Begitu jugalah teorinya dalam jatuh bangun sesebuah tamadun, ianya bermula kecil-kecilan, kemudian berkembang besar menguasai sebuah negara, kemudiannya berjaya menakluk dan menaungi beberapa buah negara dan setelah konflik di beberapa ketika, tibalah masa ianya stabil dan mengukuh. Namun, betapa hebat sesebuah tamadun sekalipun, ianya pasti akan tumbang sepertimana sunnatullah yang telah ditetapkan, ianya akan mengalami fasa kejatuhan dan akhirnya runtuh.

Lihat sahaja tamadun Rom dan Parsi yang begitu gah pada zamannya, dengan kemajuan ketenteraannya yang jauh menjangkau dunia luar dan keluasan empayarnya ,akhirnya rebah di tangan “orang-orang dari tanah tandus” yang di pimpin seorang nabi yang “ummi”. Juga kita lihat bagaimana Abasiyyah yang begitu maju dalam ilmu sains dan berjaya menguasai 2/3 jumlah populasi dunia ketika itu, sehingga khalifah berkata “oh awan, pergilah engkau kemana jua, nescaya hasilnya akan kembali kepadaku”. Akhirnya jatuh rebah di tangan Mongol yang “nomad” dan tiada sains. Juga kita lihat empayar Portugis pada satu masa yang dikatakan pernah menguasai seluruh pelabuhan penting di seluruh dunia dari Barat Eropah sehinggalah ke Tanjung Pengharapan, Goa dan Melaka kininya dimana mereka ? Mujurlah ada “Christiano Ronaldo” maka dunia masih mengingati mereka. Lebih teruk, empayar British yang mana pernah tersohor dengan jolokan “the sun will never set at Brtitish Empire” kininya hanya kurang 1 per 10 dari keluasan tanah jajahan asalnya. Tidak dapat lari juga Uthmaniyyah yang dahulunya menaungi dunia Islam dari Afrika sehingga timur jauh akhirnya tersungkur rebah di tangan seorang “pengkhianat”. Dan terbaru empayar Soviet yang muncul sebagai negara terbesar dunia dan mempelopori sains, politik dan ketenteraan dunia akhirnya runtuh jua tanpa sempat meraikan jubli perak sekalipun.


(Demikianlah) peraturan (Kami Yang tetap mengenai) orang-orang Yang telah Kami utuskan sebelummu dari Rasul-rasul kami; dan Engkau tidak akan dapati sebarang perubahan bagi peraturan Kami Yang tetap itu. (Surah Al-Israa' 17:77)


Begitulah sunnatullah yang telah ditetapkan Allah s.w.t. Tiada apa yang kekal selamanya, walau sekuat manapun, walau sekaya manapun, walau sebesar manapun. Akhirnya mereka semua terikat dengan apa yang telah ditetapkan Allah yang menguasai sekalian alam. Begitu jugalah peradaban barat sekarang yang diterajui Amerika Syarikat, ianya tidak akan kekal dan akhirnya akan runtuh juga. Bibit-bibit keruntuhannya sudah dapat kita saksikan sekarang. Dunia mula perlahan-lahan sedar akan siapakah sebenarnya “Uncle Sam” ini dan ketidakadilan serta kekejaman mereka. Sistem ekonomi capitalist yang diamalkan sekarang mula menampakkan wajah sebenarnya dengan krisis ekonomi 10 tahun sekali dan jurang miskin-kaya yang semakin membesar manakala system demokrasi model amerika ini mula menampakkan “flaw”nya. Dunia semakin gila, kacau bilau dan hilang arah tujunya; kemanusiaan setaraf dengan kebinatangan! Apabila manusia hanya hidup untuk seks, harta dan kemegahan.


(Graf Perkembangan Islam dan Fiqh)


Inilah buah-buah busuk-beracun hasil dari pokok material yang terhasil dari benih sekular. Benih penolakan agama zaman pra-enligthment kemuncak kebodohan paderi-paderi mengubahsuai agama yang dibawa Isa Ibnu Maryam, kemuncak kemarahan rakyat marhaen pada ketidakadilan raja dan kawalan ketat gereja. Sehingga akhirnya bergema “Gantung Leher Raja dengan Tali Usus Paderi”. Yang episode berikutnya menyaksikan Nietchzhe melaungkan “Tuhan sudah mati” dan beberapa tahun terkebelakang Richard Dawkin melaungkan “God is delusion”.

(Richard Dawkin)


Benar mereka maju, sangat maju, dari orang-orang yang tidak mandi dan tidak mempunyai teknologi mereka mengorak langkah menolak agama dan akhirnya mereka berjaya terbang ke angkasa. Benih penolakan agama ini kemudiannya berkembang mewujudkan akar “materialist” yang lahir dari tiadanya tujuan hidup yang jelas pada diri mereka. Lihat sahaja pemikiran Machiavelli, Hobbes dan Marx yang dianggap dewa oleh mereka. Dari luarnya nampak berbeda tapi jika dikaji akarnya tetap sama “Material sebagai tuhan dan sembahan”, yang akhirnya manusia tidak ubah seperti haiwan-haiwan ternakan, hidupnya hanya untuk kenikmatan rumput, seks dan tidur.

Jauh sungguh terperusuknya kemanusiaan dari tujuan asalnya, sehingga akhirnya dari akar “material” ini lahirlah isme-isme bodoh yang tidak lain hanya mengketerbelakangkan umat manusia secara batinnya. Kapitalisme, Sosialisme, Komunisme, Facism, Nazisme, Nationalism dan beribu lagi isme-isme tolol yang lahir dari akar “material ini. Manusia telah menghabiskan masa mereka dengan sesuatu yang tidak perlu mereka fikirkan. Sedangkan Allah sebagai arkitek dan pembangun alam ini telahpun memberikan manusia manual untuk mengendalikan alam ini sesuai dengan tugasnya sebagai khalifah di muka bumi.


(gambar hiasan ilustrasi Karl Marx )


Akhirnya, kebodohan system-sistem ini tidak dapat dibendung lagi, lihat sahaja bagaimana demokrasi ala Amerika-British-Perancis ini hanya melahirkan manusia-manusia gila kuasa dan amalan rasuah yang berleluasa. Lihat sahaja bagaimana Kapitalisme memperhambakan manusia sesama manusia, menjadikan yang kaya lebih kaya yang miskin bertambah miskin. Lihat sahaja bagaimana Komunisme telah menjadikan manusia sebagai hamba kepada negara. Akhrinya system ini runtuh satu persatu, keruntuhannya tidak lagi dapat dibendung , kerana itulah Sunnatullah yang telah ditetapkan Allah yang Maha Kuasa.

Sudah tiba masanya untuk Islam bangkit kembali menerajui segala perkara di dalam dunia dan memenangi hati masyarakat dunia dari sistem moral sehinggalah pentadbiran dan system ekonomi sesebuh negara. Tidak diturunkan Islam hanya untuk menyuluh roh individu-individu sebaliknya kesyumulan Islam itu merangkumi kedua-dua aspek roh dan jasad secara kolektif. Marilah kita letakkan Islam sesuai dengan fungsinya semula, menyelamatkan kemanusiaan, mensejahterakan alam, sesuai dengan fungsinya sebagai “Rahmatan Iil Alamin”. Namun, cita-cita ini tidak mungkin akan tercapai secara automatic, ianya memerlukan tangan-tangan manusia untuk medirikannya semula. Ayuh! Kita mulakan dengan menaburkan benih-benih aqidah pada masyarakat di sekililing kita. Kebangkitan Islam pastikan tiba!.


(George Bernard Shaw)
"If any religion had the chance of ruling over England, nay Europe within the next hundred years, it could be Islam."
- George Bernard Shaw
--------------------------------------------------------------------------------


“Allah menjanjikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) Bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah Yang memegang Kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang Yang sebelum mereka: khalifah-khalifah Yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) Yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu Dengan tidak mempersekutukan sesuatu Yang lain denganKu. dan (ingatlah) sesiapa Yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang Yang derhaka.”
(Surah An Nuur 24:55)

Waallahualam..

Thursday, October 22, 2009

Wednesday, October 21, 2009

Jalan Menuju Cinta.


جاء أعرابي إلى النبي صلى الله عليه وسلم : فقال : يا رسول الله متى الساعة ؟
قال : ماذا أعددت لها ؟ فقال : ما أعددت لها بكثرة صلاة ولا صيام إلا أني أحب الله ورسوله . فقال له صلى الله عليه وسلم : المرأ مع من أحب
متفق عليه

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa seorang lelaki badwi datang menemui Nabi saw seraya bertanya baginda saw : wahai rasulullah ! bilakah berlakunya kiamat? Lalu Rasulullah membalas pertanyaan itu dengan bertanya kembali kepada lelaki itu : apakah persediaan yang telah kamu lakukan untuknya? Jawab lelaki itu : aku tidak membuat persiapan untuk menghadapinya dengan banyak melakukan solat dan puasa (sunat) melainkan aku mencintai Allah dan rasul Nya. Lalu banginda saw bersabda : seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya. (Hadis muttafaqun 'alaih)

Jika kita mengatakankan "aku mencintai Allah dan rasul Nya" dengan Ikhlas, InsyaAllah sbnyr kita sedang usaha menjalankan segala perintah Allah swt. =)

Waallahualam.

Sunday, October 18, 2009

Berkasih-sayang


Imam Hasan Al-Banna pernah berkata:
"Berkasih-sayanglah antara kamu sama lain, berusahalah ke arah ikatan sesama kamu. Ia adalah rahsia kekuatanmu, dan tunggak kejayaan kamu. Thabatlah(Bersatulah) kamu sehingga Allah membuka pintu hati antara kamu terhadap agama yang hak, sesungguhnya Allah Maha Pembuka."

Kunci untuk mencapai kebangkitan yang Haq adalah dengan berkasih-sayang antara kita saudara Islam mahupun bukan Islam.. tidak kita kita berbangsa apa sekalipun baik cina, india, myammar, bangla, melayu, indon atau apa2 sekali pun jgn kita memandang rendah kaum antara satu sama lain. tanggunjawab kita adalah untuk menyebarkan Islam kepada mereka yang belum mengetahui Islam dan bukannya terus melabel mereka dengan "kafir" , sedangkan mereka sendiri pun tak nampak apa kebaikan dalam Islam jika kita(Muslim) sendiri tidak mampu tunjukkan Islam yang sebenar.


Ingat Sabda Rasulullah saw:

"Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke arah assobiyah, bukan dari kalangan kita orang yang berperang di atas dasar assobiyah, bukan dari kalangan kita orang yang mati di atas dasar-dasar assobiyah" (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Waallahualam.

Thursday, October 15, 2009

Hakikat Ilmu Yang Kita Ada

ALLahu..ALlah..

Adab sebagai pelajar, jika ilmu masih sedikit (hakikatnya ilmu manusia tiada yang banyak melainkan ALLah yang Empunya Ilmu), masih bertatih tahulah kita untuk berakhlaq. Jika dilihat para ulamak yang faqih ini,mereka berkelana di bumi ALLah untuk mencari ribuan guru, bahkan menulis kitab-kitab yang menjadi rujukan hingga kini tetap menjaga akhlaq sesama guru dan ulama yang lain. Sehinggakan sifat yang tercerna dari diri mereka menjadi ikutan bagi ulama yang takutkan ALLah.


Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama[**]. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
** Ulama = orang-orang yang mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah = orang yang berilmu

Oleh itu wahai pelajar, jika para ulama yang hebat ilmunya itu sendiri amat menjaga tutur katanya, dan tidak bermudah-mudah berhukum dengan apa yang tidak mereka ketahui, Mengapa kita sendiri yang amat sedikit ilmunya tidak mahu belajar merendahkan diri? Adakah akhlaq itu tidak termasuk di dalam halal dan haram di dalam perhubungan sesama manusia? Sudah bolehkah kita berlaku sombong dengan ilmu yang sedikit sedangkan kita lupa ilmu yang kita ada juga boleh ditarik pada bila-bila masa?

Ilmu tanpa akhlaq menunjukkan kita sendiri menghina ilmu yang diberi oleh ALlah

semoga kita berlajar dari kesilapan dari hari ini.. InsyaAllah.


Sheikh Nazim Al-Haqqani bersalam dengan Sheikh Ahmad Shohibulwafa Tajul Arrifin tanda rendah diri mereka dan menghormati antara satu sama lain.
(gambar hanya ingin menunjukkan contoh akhlak yang baik antara guru walaupun berlainan aliran)

Tahu dan Faham



Zaman ini ada golongan pelajar yang bersemangat belajar ilmu hanya untuk tahu. Tetapi ia lupa - pengeTAHUan yang ia ada hanya sedikit. Akhirnya TAHUnya itu menjadikan ia merasa hebat. Menjadikan dirinya terasa betul. Ia tenggelam dalam TAHU tapi JAHIL akhlaq.

TAHU sahaja tidak cukup tanpa kefahaman. Orang yang hanya tahu gula itu manis, tidak sama dengan orang yang sudah merasai kemanisan gula apatah lagi dimana ia perlu digunakan kemanisan gula tersebut. ALlah dan RasulNya mengajar kita agar mempunyai akhlak yang baik sesama manusia, samada dari segi pertuturan, perbuatan, bahkan dalam hati sendiri. Apatah lagi dengan sesama saudara Islam. Bukankah RasuluLLah diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq, bahkan akhlaq RasuluLLah itu sendiri adalah al Quran?

Kita diajar untuk beradab kepada guru-guru, ustaz-ustazah, alim ulama kerana keutamaan mereka.




(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.( Surah Al Zumar 39:9)


Bahkan di dalam urusan solat jemaah sekalipun, diutamakan adalah orang yang lebih yang mahir bacaannya di dalam al Quran. Telah dicontohkan oleh RasuluLLah di dalam peperangan Uhud, sahabat yang lebih banyak mengambil al Quran didahulukan untuk dimasukkan ke dalam liang kubur.

Dari Jabir r.a

Sesungguhnya Nabi SallaLLahu 'alaihi wasallam telah menghimpunkan antara dua orang lelaki dari mereka-mereka yang terbunuh di dalam peperangan Uhud iaitu di kubur, kemudian baginda bersabda :"Yang manakah dari keduanya yang lebih banyak mengambil al Quran?". Apabi baginda mendahulukan (orang yang tersebut)la ditunjukkan kepada salah seorang dari keduanya, ke dalam liang lahad. (Riwayat Bukhari)

Waallahualam.

Wednesday, October 14, 2009

Manusia dan akal yang terbatas


Dahulu diperkenalkan Intelligent Quotient oleh Alfred Binet - iaitu untuk menjadi seorang yang berjaya perlulah mempunyai daya pemikiran yang tinggi. Bijak, mempunyai daya taakulan yang baik, cepat tangkap dalam menyelesaikan masalah. Dan daripadanya dibuat banyak ujian-ujian yang berkaitan untuk mengetahui tahap IQ seseorang. Antaranya, Stanford-Binet, WISC-R, Raven's Progressive Matrices, Cattell Culture Fair III dan jika tidak dapat menjawab atau mencapai markah yang ditetapkan maka kemungkinan besar ada masalah dari segi mental orang yang mengikuti ujian tersebut samada ia cacat otak atau sebagainya.


Nampaknya ia digunakan secara meluas antaranya di dalam mencari profesion kerja, di dalam soalan bertulis sebelum ke sesi temuduga yang kadangkala sebenarnya belum tentu menunjukkan IQ individu tersebut, bahkan ada item soalan yang diberikan amat bercanggah dengan norma tatasusila masyarakat timur sebagaimana yang digunapakai oleh orang barat.

Seterusnya apabila IQ manusia diperkenalkan dan mendapat banyak kritikan serta keputusan yang tidak boleh digunakan untuk mewakili IQ seseorang individu. Didapati seseorang yang mempunyai IQ yang tinggi tidak semestinya mempunyai hubungan baik sesama manusia, serta kajian mendapati IQ yang tinggi juga tidak menunjukkan bahawa seseorang itu mampu mengawal emosinya dengan baik. Kedapatan, orang yang mempunyai IQ yang tinggi, hidupnya tidak normal, dan ramai menjadi gila kerana tidak mempunyai kawalan emosi yang mantap.

Lalu muncul pula teori hasil dari kajian Wayne Payne's iaitu Emotional Quotient. Betapa hebatpun seseorang yang mempunyai Intelligent Quotient tetapi sekiranya ia mempunyai Emotional Quotient yang rendah - kemungkinan besar ia mempunyai emotional disorder! Yang boleh membawa kepada Mental Disorder.

Fitrah Manusia Mencari Tuhan

Apapun fitrah manusia sebenarnya akan kembali jua kepada pencipta - maka manusia akan berterusan mencari Tuhan. Bila dikaji dan terus mengkaji, walaupun di situ ada kehebatan IQ dan keseimbangan EQ, tanpa kekuatan jiwa akan rosak jua kedua-duanya. Maka terhasil pula di dalam pemikiran mereka SQ diperkenalkan oleh Dana Zohar Ian Marshall- iaitu Spiritual Quotient yang menghubungkan kepandaian akal, keseimbangan emosi dengan kekuatan ruhaniyyah. Dengan adanya agama maka manusia mempunyai akhlaq, mempunyai nilai. Akal yang hebat, mempunyai motivasi, empati dan hubungan baik dengan manusia tetapi tiada panduan dan matlamat hidup. Tidak ketahuan halanya.

Di dalam satu kajian yang dibuat pada tahun 1990 oleh neuropsychologist iaitu Michael Persinger dan neurologist V.S. Ramachandran di University of California membawa kepada penemuan di bahagian otak di mana manusia cenderung untuk memikirkan tentang Tuhan.

Dan begitulah - sememangnya setiap kajian yang hanya bersandar pada akal semata-mata akan selalu berubah-ubah. Kadang-kadang terdorong dengan nafsu, ditipu daya syaitan.

Kini - marilah kita kembalikan diri kepada mengenali wahyu yang datangnya dari ALLah kepada utusanNya Muhammad RasuluLLah. Al Quran mengajar kita mengenal Dia, menyembahNya. Mengajar kita mengenal diri sebagai hamba, mengajar kita agar tidak mempersekutukanNya, beribadah kepadaNya.

Ertinya :

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada ALlah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam Islam. Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali ALlah (agama Islam( dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenanglah nikmat ALlah kepada Kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah), lalu ALlah menyatukan antara hati-hati kamu sehingga dengan itu kamu bersaudara dan dahulu kamu telah berada di jurang neraka disebabkan kekufuran kamu, lalu ALlah selamatkan kamu daripada neraka itu. Demikian ALlah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat hidayah (surah Ali Imran 3: 102-103)

Islam yang diredhai - memandu akal manusia untuk menjadi bijak dengan acuan melalui al Quran dan Sunnah, Islam mengajar tentang akhlaq dalam setiap inci kehidupan. Cukuplah di dalam Islam itu sendiri yang dibawa oleh Nabi Muhammad melalui wahyu yang diturunkan oleh ALlah sudah mengandungi IQ, EQ dan SQ.

ALlah telah berfirman yang bermaksud :

Wahai sekalian manusia, beribadahlah kepada Tuhan kamu yang telah mencipta kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi orang yang) bertaqwa. Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkan hujan dari langit, lalu dikeluarkannya dengan air itu berbagai-bagai jenis buah-buahan yang menjadi rezki bagi kamu. Maka janganlah kamu mengadakan bagi ALlah sekutu padahal kamu mengetahu bahawa ALlah ialah tuhan yang Maha Esa. (surah Al-Baqarah 2:21-22)

Islam.. ialah yang tertinggi tiadalah yang tertinggi selainnya..

Rise Of The Machine.

Kata-Kata Mutiara hari ini. =)


Saat engkau melakukan kesalahan, itulah tandanya engkau belajar


Deburan ombak yang tiada henti menjadi tanda zikirnya pada sang Pencipta.Bagaimana dengan kita ?


Ilmu yang diamalkan merupakan tanda ilmu tersebut bermanfaat bagi yang memilikinya. Sudahkah ilmu kita bermanfaat ?



--------------------------
Syair Fariduddin Attar

Kesabaran

-------------

Rendah hatilah dan tirulah sifat diamnya emas

Dengan sabar melangkahlah di jalan itu

Nanti datang padamu buah kesabaran,

Kunci emas yang akan membuka gerbang

Pikirkan Tuhan dengan sabar

Maka kau pun akan menemukanNya di hakikatmu. (Attar)

Cinta

--------

Kalau matamu terbuka untuk melihat cinta,

kau jadi ceria dan menarik perhatian.

CintaNya memberiku iman dan keraguan

CintaNya adalah nyala api dihatiku

kalau tak seorang bersamaku dalam duka

cukuplah bagiku mengadu kepada Cinta

Cinta memandikanku di dalam air mata,

Dari tabir itu saya diusir oleh rambut ikalnya. (Attar)



Monday, October 12, 2009

Assalamualaikum



Salam dari kami kepada semua.

Mintak maaf kerana lambat menulis artikel ,ini kerana beberapa masalah yang tak dapat dielakkan baru-baru ini.

Untuk peringatan bersama,

Dlm kami menceritakan tentang konspirasi dunia dan negara , bukan niat kami supaya meletakkan segala tuduhan yang negatif kepada bangsa , indivitu ataupun negara tertentu walaupun hakikatnya mereka ini telah pun membuat satu kejahatan yang amat teruk sekali terdapat umat manusia.

Ingatlah pesan Nabi saw kita, bahawa beliau diturunkan sebagai orang yang memberi peringatan

Allah berfirman kepada Nabi dan Rasulnya :



Katakanlah (hai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanya memberi peringatan kepada kamu sekalian dengan wahyu dan tiadalah orang-orang yang tuli mendengar seruan, apabila mereka diberi peringatan" (surah Al Anbiyaa' 21:45)


Katakanlah: "Hai manusia, sesungguhnya aku adalah seorang pemberi peringatan yang nyata kepada kamu." (surah Al Hajj 22:49)

Maka hak untuk melaknat mereka hanyalah pada Allah Azza wa Jalla. Jadi kami/kita hanyalah menjalankan segala perintah(mempertahankan hak Allah swt) dan meyampaikan peringatan(Al-Quran) kepada mereka.

Tugas kita adalah untuk mempertahankan kesucian agama Allah dengan menyampaikan kebenaran kepada seluruh umat manusia, termasuk juga menyampaikan kebenaran Islam kepada mereka-mereka yang menolak Islam (cth Yahudi, Nasrani, Buddha, hindu dll) . Jadi Kita bukan berperang kerana perasaan negatif terhadap mereka tetapi kerana Allah.

Mungkn byk persoalan berkenaan ttg bagaimana cara yg betul mempertahankan haq Allah.

Bagaimana ?


Manusia itu adalah umat yang satu. (setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, yaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, karena dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkann itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.
(Surah Al-Baqarah 2:213)


Allah telah pun memberitahu kita sebagai manusia ini asalnya Satu bukan Satu Malaysia. Satu atas dasar akidah yang benar. apabila muncul perselisihan/perkauman/hasat dengki, maka Allah akan turunkan Nabi dan kitab kepada umat manusia (yakni Muhammad Rasulullah dan Al-Quran yang terakhir).

Maka tiada cara lain yang paling sesuai tetapi hanyalah dengan kembali kepada Al-Quran dan Sunnah sebagai kunci kepada peyelesaian masalah dunia sekarang , dan seperti mana di pesan kembali oleh Rasulullah sebelum wafatnya Beliau "jika kamu ikut kedua-duanya nescaya tak akan tersesat lah kamu".

sama-sama kita fikirkan adakah jalan yang kita lalui sekarang ini berlandaskan Al-Quran dan Sunnah? Tak perlu fikirkan tentang masalah negara dahulu, Tak perlu pening kepala tentang politik, bermula dengan fikirkan diri sendiri dahulu.. Adakah kita telah tunjukkan tauladan (Al-quran dan Sunnah) yang baik kepada umat manusia yg lain (tidak kira kepada bangsa apa sekali pun)



Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.
Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Surah Al Hujuraat 49:13)

Sekecil-kecil perjuangan adalah didalam keluarga sendiri. Jika setiap orang telah menjalankan tanggungjawab seorang "Islam" adakah mustahil untuk kita menegakkan Hukum Allah Kembali?

Percayalah sudah ramai yang telah bergerak dan syahid dalam memperjuangkan hak Allah dengan Ikhlas. Berjuanglah lah kita dengan segalah kudrat yang kita mampu. Jika Ilmu yang ada maka sampaikanlah Ilmu kepada yang memerlukan, jika punya harta maka wakafkanlah sebahagian itu ke jalan Allah, jika sebagai pemimpin maka pimpinlah rakyat dengan Amanah dan Ikhlas dan sebagainya. Tiada sesiapa yang mampu mengubah nasib Islam melainkan umatnya sendiri.

Waallahualam.

bersambung InsyaAllah ,

Sunday, October 11, 2009

Satu Ketibaan

Adakah ihkwan/pembaca sudah bersedia untuk menerima sesuatu perubahan dalam konsep atau pengangan kita selama ini? di sini kami(kitabngeri) dan beberapa rakan lain hendak berkongsi sesuatu yang mngkn anda dan saya akan mengatakan "kebetulan je kut".. tp apabila setiap "kebetulan" disusuli dengan "kebetulan" dan "kebetulan" adakah ia satu "kebetulan" ??


Satu Ketibaan Intro
-------------------


Kisah kedatangan Dajal Al Masih, kelahiran Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa A.S. Membongkar sistem Dajal yang sedang membangun untuk menyesatkan umat manusia.

Siri di dalam bahasa Melayu ini merupakan satu usaha kecil untuk mengiktiraf kesungguhan beberapa pemuda Islam dari Amerika dan tanah Arab untuk menyedarkan umat manusia tentang sistem Dajal.

Video asal ini telah dialih ke banyak bahasa seperti, Indonesia, Urdu, Sepanyol, Arab dan Perancis. Ianya telah menggemparkan masyarakat dunia. Di harap usaha ini akan membawa faedah kepada anda.


---------------------
(Satu Ketibaan siri 1)
------


Kebenaran Dari Kitab Suci Al-Quran

Kebenaran daripada kitab suci Al-Quran berkenaan Dajal. Siapakah 'Knight Templar'? Apakah harta sebenar yang dijumpai mereka? Saksikan siri pertama ini


-----------
(Satu Ketibaan siri 2)
-----------



Bukti Kedatangan Dajal yang sedang muncul dengan tanda-tanda sekitar anda . Mungkin terdapat tanda tanya pembaca tentang "kenapa nk tunjukkan petikan dlm bible".? Ini bukanlah kerana akidah kami/mereka hendak membenarkan(bible) tapi hendak memberitahu kepada golongan nasrani/yahudi yang mereka patut sedar atas kesalahan yang mereka tidak nampak dan jika mereka adalah orang-orang yang berfikir mereka akan nampak "Islam" itu jalan menyelesaikan segala konspirasi ini.

Waallahualam.


-----------
(Satu Ketibaan siri 3)
-----------


Kawalan Minda-satu cara untuk Dajal menguasai dunia dan umat manusia.


----------
Sumber Dari : sahirmujaheed
p/s:Kami amat mengalu-alukan jika ikhwan/pembaca untuk download dan sebarkan.
InsyaAllah kami akan upload Ketibaan siri 4. (update 13 okt 09)

Thursday, October 8, 2009

Hukum Alam atau peringatan dari Allah? fikirkn.


Sumber : Tok Janggut


Bismillahirrahmaanir rahiim.

Kalau kita mengamati terjadinya bencana ataupun gempa yang terjadi di Sumatera, sudah seharusnya kita menjadikannya sebuah iktibar dan muhasabah diri terhadap keadaan yang terjadi pada sekitar kita.

Mari kita amati dan fikirkan,

1. Gempa Tasikmalaya : Pukul 15.04
2. Gempa Padang : Pukul 17.16
3. Gempa Susulan Padang : Pukul 17.58
4. Gempa Jambi : Pukul 8.52


Cuba lihat di dalam Al Qur’an, Surat dan ayat sesuai dengan saat-saat terjadinya gempa.


1. Gempa Tasikmalaya
Jam 15.04
Surat Al Hijr (Surah-15) ayat 04
4. dan Kami tiada membinasakan sesuatu negeripun, melainkan ada baginya ketentuan masa yang telah ditetapkan.

Gambar Hiasan

2. Gempa Padang
Jam 17.16
Surat Al Israa’ (Surah-17) ayat 16
16. dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, Maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, Maka sudah sepantasnya Berlaku terhadapnya Perkataan (ketentuan kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

Gambar Hiasan

3. Gempa Susulan Padang
Jam 17.58
Surat Al Israa’ (Surah-17) ayat 58
58. tak ada suatu negeripun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuzh).
Gambar Hiasan


4. Gempa Jambi
Jam 8.52
Surat Al Anfaal (Surah -8) ayat 52
52. (keadaan mereka) serupa dengan Keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang yang sebelumnya. mereka mengingkari ayat-ayat Allah, Maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha kuat lagi Amat keras siksaan-Nya.



“MASIHKAH KITA DURHAKA KEPADA ALLAH, dan TIDAK MENTAATINYA?

Seperti sabda Rasullulah,
Nabi saw. bersabda:
“Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
Hadis Riwayat Muslim

Jika ikhwan pembaca mahukan penerangan detail Untuk Mengetahui 3 gempa bumi di Timur , Barat dan semenanjung Arab. sila lawat di : Efairy.Blogspot

Waallahualam

Tuesday, October 6, 2009

Bangkitlah Wahai Umat Muhammad!



Atau seperti gelap gulita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan; gelap gulita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. (surah An Nuur 24:40)
--

--
Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang.

Percaya dan yakinlah dengan kedatangan "kebangkitan" . InsyaAllah

Saturday, October 3, 2009

Allah Tak Akan Ubah Sehingga Kita Berubah


Sumber : ISMA
DIkarang semula oleh : Penulis

Ungkapan di atas adalah satu Sunnatullah yang telah Allah tetapkan buat hamba-hambaNya. Ia bukanlah ungkapan yang tidak lazim dibicarakan malah hampir setiap dari kita amat arif tentang ayat ini.

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran:

“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)


Peristiwa serangan terhadap Gaza telah membuka mata dan minda Umat Islam seluruh dunia. Malah umat manusia seluruhnya juga telah mengetahui kekejaman yang dilakukan Israel laknatullah terhadap Umat Islam Palestin. Setiap dari kita merasakan kesedihan, hiba dan simpati terhadap nasib Umat Islam Palestin di Gaza.

Banyak yang telah kita lakukan ; doa, solat, munajat, derma, boikot, rapat umum dan demonstrasi namun kita masih merasa lemah dan putus harapan. Kita rasa sedih kerana usaha yang dilakukan tidak menampakkan hasil yang sebenarnya yang diharapkan.

Suara-suara kebenaran meskipun ramai dan bergema namun tidak berkuasa mengubah hakikat kekuasaan musuh-musuh Islam menganyang Umat Islam hidup-hidup. Apa lagi yang boleh dilakukan agar maruah Umat ini kembali tertegak?

Kita tertanya-tanya, apakah salah kita menyebabkan hal ini berlaku? Adakah umat Islam hari ini ditimpa mara bencana akibat kelemahan dan kelekaan kita sendiri? Adakah ini kifarah terhadap dosa yang telah kita lakukan selama ini? Mengapa umat Islam di Palestin dan tempat-tempat lain yang menerima bencana bukannya kita?

Allah menatijahkan sesuatu pasti ada sebabnya kerana Dialah Perancang Yang Paling Utama. Dialah yang berkuasa menentukan penguasa di muka bumi ini. Allah berfirman dalam surah Ali’Imran ayat 26:

Katakanlah (Muhammad) Wahai Tuhan Pemilik Kekuasaan, Engkau berikan kekuassan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa pun yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu


Benar!! Kekuasaaan Dunia skrang terletak pada tangan Zionis antarabangsa yang menguasai Kuasa-Kuasa Besar Amerika dan Britain. Dan Umat Islam pada hari ini berada dalam kelemahan dan kehinaan yang teruk.

Kelemahan, kehinaan yang melanda umat Islam bukanlah sengaja dikenakan namun ia adalah pengajaran supaya kita bangkit berubah. Sunnatullah tidak akan berlaku sewenang-wenangnya tanpa kita berusaha. Ayat di atas menuntut kita untuk melakukan sesuatu supaya kemenangan kembali kepada Islam, supaya kegemilangan Islam kembali menyinar.

Saya tidak menafikan segala usaha yang telah anda lakukan seperti doa, derma, demonstrasi dan sebagainya. Tahniah kepada yang telah melakukannya. Namun ia adalah usaha yang berhasilan sementara. Kita perlukan usaha yang menatijahkan kesan yang besar dan bertahan lama. Usaha yang akan mengubah nasib Umat Islam yang tercinta ini seluruhnya agar ia kembali terbela. Apakah usaha itu?

Usaha ini adalah usaha menyatupadukan Umat Islam seluruh dunia dalam Aqidah Islam yang Asli dan Satu. Ia adalah usaha yang diketuai oleh Nabi Muhammad s.a.w dan diwarisi para sahabat, tabien, tabi’ tabieen dan salafus solehin. Ia adalah usaha menggerakkan Umat Islam mewujudkan kembali Khalifah Islam. Ia adalah usaha menegakkan kembali Islam di muka bumi!!

Namun ia bukannya usaha yang mudah. Banyak cabaran dan rintangan yang bakal menimpa. Arus kejahiliyyahan yang besar harus diharungi dengan kesabaran dan keteguhan tekad yang tidak pernah kenal erti kecundang.

Ia adalah usaha Dakwah dan Tarbiyyah mengajak Umat Islam agar kembali kepada pengamalan Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Inilah perubahan yang perlu berlaku dalam Umat ini untuk Allah kembali mengubah nasib kita.

Justeru, marilah kita bersama-sama melakukan perubahan. Bermula dari kita, keluarga, masyarakat, negara dan seterusnya seluruh dunia.

Sekiranya kita tekad melakukannya InsyaAllah, Allah akan mengubah Nasib Kita juga Nasib Umat Islam ini suatu hari nanti. Kerana Janji Allah itu adalah pasti!!

“InnAllaha La Yughaiyiruma Bi Qaumin Hatta Yughaiyiruma Bi Anfusihim”