Kebangkitan Cahaya Islam (kitabngeri.blogspot)
Nama Kitab Ngeri ini kami pilih kerana kami tujukan kepada kitab al-quran.. kami mengatakan ianya ngeri kerana bukanlah kejam,ganas ataupun sebagainya..tetapi kerana kandungan al-quran yg suci itu terdapat semua perkara-perkara yang kita perlu tahu baik pada masa lepas,sekarang dan masa hadapan..perkataan ngeri ini pula dari pandangan kami menunjukkan bahawa satu perkara yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata atau satu perkara yang dasyat.
Tuesday, June 11, 2013
Jalan menuju Allah.
Bangkitnya diri seseorang adalah apabila berlakunya perubahan pada akidah atau pegangan orang itu. Maka kebangkitan Islam yang dijanjikan adalah bangkitnya semua akidah sepertimana akidah sahabat-sahabat Rasulullah yang lain. Setiap pegangan itu akan membuahkan hasil pemikiran-pemikiran lain dan tidak akan lari dari tunjang akidahnya.
Contoh :
Jika orang itu tidak percaya pada "hantu" sudah tentu setiap teorinya mesti akan menolak segala sesuatu yang berkaitan dengan pekara ghaib dan juga sebaliknya jika seseorang itu terlebih mempercayai pekara hantu maka setiap yang berlaku senantiasa akan dikaitkan dengan pekara ghaib walaupun mungkin tidak.
Begitulah kita dalam kehidupan sehari-harian. maka tanyalah didalam hati , adakah kita benar-benar mengenali Rasulullah saw dengan pancaindera kita sendiri atau hanya mendengar dari "ulama" yang menyampaikan bahawa "ini adakah sunnah nabi saw".
dan adakah kita kenal "ulama" mazhab yang kita ikut itu sendiri ataupun masih ataupn hanya ditahap "ustaz" mengatakan "ini adalah cara mazhab kita". ?
tak perlulah kita nk jawab secara lisan tetapi cukuplah jika kita sedar dimana tahap kita.
bukan meminta menjadi hebat seperti "ulama" , agak mustahil untuk kita tiba-tiba hebat tetapi janganlah kita selesa didalam tahap takliq buta, berubahlah kepada taqliq yang mampu menilai antara haq (kebenaran) dan batil (kemungkaran).
perjalanan masih jauh. :) jangan rasakan selesa dengan apa yang kita ada sekarang. teruskan mencari redha Allah swt.
Friday, June 5, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)