Friday, December 31, 2010

Selingan...Isu Syiah di Malaysia











Ini adalah penjelasan berkenaan isu Syiah yang melanda Malaysia sejurus selepas serbuan JAKIM ke atas 200 pengikut Syiah di Hauzah Ar-Ridha,Gombak.Sebelum anda membaca artikel ini,anda bolehlah membaca satu artikel berkenaan Syiah yang telah diterbitkan di dalam MF.Mendepani isu Syiah,tidak boleh tidak mesti bercakap tentang sejarah.Ini kerana Syiah muncul dari golongan munafik yang berselindung di dalam Islam ketika zaman Rasulullah s.a.w,muncul dan membunuh para Khalifah yang bertegas kepada golongan murtad dan munafik,kemudian mempergunakan nama baik Saidina Ali r.a untuk menghalalkan satu mazhab baru:Mazhab para bidaah dan fasiq,berakar tunjang dari kaum majusi Parsi.

Dalam soal perpaduan umat Islam,kita boleh menerima mereka sebagai 'Islam' selagi mereka mengamalkan 5 rukun Islam (baca:Islam pada nama) tetapi dari sudut akidah dan pegangan sunnah Rasulullah s.a.w,kita hendaklah menjauhi mereka,kerana mereka gemarkan bidaah hasil dari hadis palsu dan penyelewengan sejarah.

Artikel ini menjawab satu-persatu kenyataan Ustaz Kamil Zuhairi,selaku ketua masyarakat Syiah Malaysia dalam satu wawancara oleh HijrahTV.


-M.O





Pengikut Imam Ja'fari


Mengikut Ustaz Kamil,Syiah yang dianutnya dipanggil Syiah Ja'fari,mengambil nama sempena Ja'far As-Sadiq,tuan guru kepada Imam Malik bin Anas dan tuan guru kepada imam mazhab yang empat (mazhab fekah Ahli Sunnah Wal Jamaah).

Jawapan:

Sebenarnya Imam Ja'far sendiri berlepas diri dari Syiah yang bencikan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.

Diriwayatkan oleh Abdul Jabbar bin Al Abbas Al Hamdzani bahwa Ja`far bin Muhammad mendatangi mereka ketika mereka hendak meninggalkan Madinah, dia (Ja'far As-Sadiq) berkata,

Sesungguhnya kalian insya Allah adalah termasuk orang-orang soleh di negeri kalian, maka sampaikanlah kepada mereka ucapanku, `Barangsiapa mengira bahwa aku adalah IMAM MAKSUM yang wajib ditaati maka aku benar-benar tidak ada sangkutpaut dengannya. Dan barangsiapa mengira bahwa aku berlepas diri dari Abu Bakar dan Umar maka aku berlepas diri daripadanya`. (Syiar `A`lam An Nubala : 259).

Ingat,kata-kata ini dari Imam Ja'far As-Sadiq.Salah satu tabiat Syiah ialah sukakan label-label.Syiah Rafidhah,Syiah Imam 12 dan Syiah Ja'fari adalah entiti yang sama,dan bersepakat dalam hal ini:

1-Tidak mengiktiraf Saidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai khalifah,sebaliknya mengangkat Saidina Ali r.a.
2-Memandang serong,menghina dan mencerca para sahabat Nabi.

Syiah suka mengaitkan mereka dengan keluarga nabi (baca:Ahli Bait) dan menganggap umat Islam (baca:ahli Sunnah wal Jamaah) sebagai pembenci keluarga nabi atau tidak menghiraukan keluarga nabi.Padahal umat Islam amat mencintai keluarga nabi.Bagi Syiah,mencintai keluarga nabi adalah HAK mereka.

Imam Ja'far sendiri berlepas diri dari orang yang berlepas diri (tidak menyukai) dari Abu Bakar dan Umar (kedua sahabat ini paling dibenci Syiah kerana tegas melawan golongan murtad dan munafik ketika menjadi khalifah),bagaimana Syiah boleh merendah-rendahkan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar,sahabat nabi yang dijamin syurga oleh nabi sendiri?Imam Ja'far sendiri mencintai Abu Bakar r.a dan Umar r.a:

Muhammad bin Fudhail menceritakan dari Salim bin Abu Hafshah, Saya bertanya kepada Abu Ja`far dan puteranya, Ja`far, tentang Abu Bakar dan Umar. Maka dia berkata, `Wahai Salim cintailah keduanya dan berlepas diri musuh-musuhnya kerana keduanya adalah imam huda.` Kemudian Ja`far berkata, `Hai Salim apakah ada orang yang mencela datuknya? Abu Bakar adalah datukku. Aku tidak akan mendapatkan syafaat Muhammad Shallallahu `alaihi wasallam pada hari kiamat jika aku tidak mencintai keduanya dan memusuhi musuh-musuhnya.` Ucapan Imam Ja'far seperti ini dia ucapkan dihadapan bapanya, Imam Muhammad bin Ali Al Baqir dan dia tidak mengingkarinya. (Tarikh Al Islam 6/46)


Sejarah

Ustaz Kamil berkata:

"...sedangkan Sunnah,Syiah ini kembali kepada sejarah.Dan kedua-duanya bersaudara.Kedua-duanya Islam.Yang satu...berpegang kepada sahabat-sahabat nabi...ahli Sunnah wal Jamaah.Yang satu berpegang kepada sahabat nabi dan keluarga nabi...(Syiah).

Jawapan:

Kali ini kata-kata Ustaz Kamil ini benar kerana sememangnya perbezaan Syiah dan Sunnah (baca:umat Islam) adalah kerana FAKTOR SEJARAH,bukan KEBENARAN.Daripada faktor sejarah inilah,para ulama Syiah memutarbelitkan sejarah dan mengarang hadis-hadis palsu.

Namun ahli Sunnah tidak semata-mata berpegang kepada sahabat-sahabat nabi.Jawapan yang tepat ialah,ahli Sunnah berpegang kepada Allah dan Rasul-Nya.Kemudian barulah kepada para sahabat dan keluarga nabi.Sebenarnya perlukah disebut dengan jelas 'keluarga nabi'?Tentulah tidak perlu kerana sudah tentu orang Islam berpegang kepada keluarga nabi sebagai ikutan.Syiah terpaksa menampal label 'keluarga nabi' dan menegaskan berkali-kali supaya cuba menunjukkan mereka sahaja yang sayangkan keluarga nabi,yang selain mereka tidak.


Syiatihi/Syiatuhu

Ustaz Kamil mendakwa di zaman Rasulullah lagi menyebut mereka ini sebagai Syiah...

Jawapan:

Orang-orang Syiah gemarkan label-label.Apa jua perkataan yang ada bau-bau 'Syiah' samaada 'Syiatihi' atau seumpamanya,dijumpai dalam hadis atau ayat Quran,maka didakwanya merujuk kepada golongan mereka,golongan pengamal ajaran bidaah dan fasiq.Padahal perkataan 'Syiah' bukanlah sesuatu yang eksklusif;ia adalah perkataan bahasa Arab biasa yang bermaksud golongan/pengikut.Anehnya bila ada hadis yang menggunakan perkataan 'Syiah' itu kepada golongan yang negatif seperti para pengikut Dajjal yang bersembunyi dibalik pokok atau batu dalam riwayat Ahmad dalam Musnad,tiada pula mereka berkokok mahu mengaku merekalah golongan itu.


Siapakah keluarga Nabi?

Ustaz Kamil telah menyempitkan makna keluarga nabi (Ahli Bait) kepada Fatimah Az-Zahra,Ali r.a dan kedua anak mereka Hassan dan Hussein.


Jawapan:

Ini salah,kerana di dalam AlQuran telah dijelaskan dalam surah AlAhzab ayat 28 hingga 33 bahawa istilah asal Ahli Bait adalah khas untuk isteri-isteri nabi,dalam konteks ayat ini,isteri Nabi Muhammad s.a.w.Satu lagi contoh ayat al-Qur’an yang menggunakan istilah Ahl al-Bait ketika merujuk kepada isteri nabi ialah kepada isteri Nabi Ibrahim ‘alaihi salam.

Isteri (Nabi Ibrahim) berkata: Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan.

Malaikat-malaikat itu berkata: Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkat-Nya melimpah-limpah kepada kamu, wahai Ahl al-Bait. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya. [Hud 11:72-73]


Syiah suka menggunakan apa yang dipanggil Hadis Kisa,iaitu hadis yang kononnya mengeluarkan isteri-isteri nabi dari istilah Ahli Bait.Padahal hadis inilah yang menguatkan kedudukan isteri-isteri nabi sebagai pemegang 'title' asal Ahli Bait.

Hadis ini menyebut:

"Umm Salamah radhiallahu ‘anha berkata:
Diturunkan ayat ini kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam: Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya [al-Ahzab 33:33] di dalam rumah Umm Salamah.
Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memanggil Fathimah, Hasan dan Husain dan menyelimuti mereka dengan kain (Kisa’) manakala ‘Ali berada di belakangnya, lalu diselimuti juga dengan kain.
Kemudian Nabi berdoa: “Ya Allah ! mereka adalah Ahl al-Bait aku maka hilangkanlah dosa dari mereka dan bersihkanlah mereka dengan sebersih-bersihnya.”
Berkata Umm Salamah: “Dan aku bersama mereka wahai Nabi Allah?” Rasulullah menjawab: “Engkau tetap pada kedudukan engkau dan engkau selalu dalam kebaikan.”

Ulasan:

Syiah selalu menggunakan ayat ini untuk mengatakan bahawa Ahli Bait ialah Fatimah,Ali dan kedua anak mereka.Dan berhujah bahawa Ummu Salamah seolah-olah ditolak dari golongan Ahli Bait dengan diisyaratkan oleh tindakan Nabi menolak beliau dari diselimuti kain.

PERKARA SEBENARNYA YANG TERJADI ialah Nabi s.a.w mengetahui bahawa ayat AlAhzab 28-33 itu khas ditujukan kepada isteri-isteri baginda maka baginda berharap bahawa Fatimah,Fatimah,Ali dan kedua anak mereka termasuk dalam golongan Ahli Bait.Sebab itu Nabi s.a.w sampai berdoa:

“Ya Allah ! mereka adalah Ahl al-Bait aku maka hilangkanlah dosa dari mereka dan bersihkanlah mereka dengan sebersih-bersihnya.”

Lantas bertindak menyelimuti mereka.Apabila Ummu Salamah ingin turut serta,Nabi berkata:“Engkau tetap pada kedudukan engkau dan engkau selalu dalam kebaikan.” merujuk kepada Ummu Salamah sebagai isteri Nabi TETAP PADA KEDUDUKAN SEBAGAI AHLI BAIT.

Jika Nabi s.a.w sudah tahu ayat ini ditujukan kepada Fatimah,Ali dan kedua anak mereka,tidak payahlah Nabi s.a.w bersusah-payah mendoakan mereka lantas mengambil selimut menyelimuti mereka.Kemungkinan,yang sebaliknya berlaku;Nabi mengumpulkan isteri-isteri baginda,mendoakan mereka lantas menyelimuti mereka.

Bayangkan,Nabi juga punya anak-anak yang lain seperti Ruqayyah,Zainab,Ummi Kalthum dan lain-lain tetapi yang menjadi Ahli Bait hanya Fatimah Az-Zahra?Pelik Bin Ajaib.


Hadis Ghadir Khum

Dalam video ini juga Ustaz Kamil juga menyentuh tentang perbezaan antara Syiah dan Sunnah.Apa bezanya?

Perbezaannya menurut Ustaz Kamil ialah jawatan Khalifah selepas kewafatan Nabi s.a.w sepatutnya dipegang oleh Saidina Ali r.a.Ini keyakinan Syiah.

Syiah menegaskan premis ini menggunakan hadis yang dikenali sebagai hadis Ghadir Khum yang diseleweng maksudnya.

Kita lihat apakah hadis Ghadir Khum itu:

Hadith Ghadir Khum telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim.Ia bersumber dari hadith sahabat Zaid Ibn Arqam r.anhu.Ia telah diriwayatkan dalam Kitab Fadhail (Kelebihan) Para Sahabat dalam Bab Kelebihan Saidina 'Ali r.anhum ajma'in (no 2408).{Takmilah Fath al-Mulhim Syarah Sahih Muslim,jil 5,ms 59,edisi Dar al-Qalam}.

Zaid Ibn Arqam r.anhu telah meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW telah berkhutbah pada suatu hari di satu mata air (ghadir) yang bernama Khum yang terletak antara Makkah dan Madinah.Baginda Rasul SAW telah memuji Allah SWT,memberi peringatan dan nasihat dan kemudiannya Rasulullah SAW telah bersabda : " Wahai manusia,aku adalah manusia dan aku merasakan bahawa telah hampir waktu untuk datangnya utusan Tuhanku (malaikat maut untuk mencabut nyawa Baginda SAW).Aku tinggalkan pada kamu semua thaqalain (2 perkara yang besar).Yang pertama ialah Kitabullah.Di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya.Maka berpeganglah dengan Kitabullah." Selepas itu,Rasulullah SAW telah menyampaikan saranan secara tegas dan bersungguh-sungguh agar berpegang teguh dengan Kitabullah.Kemudian Rasulullah SAW telah bersabda," Aku memperingat kalian terhadap ahli keluargaku.Aku memperingatkan kalian terhadap ahli keluargaku.Aku memperingatkan kalian terhadap ahli keluargaku."

Murid kepada Zaid Ibn Arqam r.anhu iaitu Hushain r.alaih telah bertanya tentang siapakah ahli bait Rasulullah SAW.Kata beliau, " Bukankah para isteri Rasulullah SAW adalah ahli bait Baginda?"

Maka Zaid Ibn Arqam telah menjawab, " Isteri Rasulullah SAW adalah ahli bait Baginda Rasulullah SAW.Dan yang dimaksudkan dengan ahli bait di sini ialah mereka-mereka yang diharamkan menerima sedekah iaitu ahli keluarga Ali,'Aqil,Ja'far dan Abbas r.anhum."{Hadith yang panjang ini telah diringkaskan dan terjemahan adalah berdasarkan makna,bukannya lafaz}.

Inilah hadith yang berkaitan dengan Ghadir Khum.Ia juga dikenali sebagai hadith thaqailain (Kitabullah dan Ahli Bait).

Dalam riwayat Imam Tirmizi (no 4046),Ahmad (no 19302) dan lain-lain,ada dinyatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :

"Barangsiapa yang aku adalah pemimpinnya,maka Ali adalah pemimpinnya"

Dalam sesetengah riwayat ada diriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda :

"Ya Allah,jadilah pemimpin bagi sesiapa yang mengangkat Ali sebagai pemimpin dan musuhilah sesiapa yang memusuhinya"

{penomboran hadith adalah berdasarkan edisi Syaikh Syuaib al-Arnauth dan rujukan-rujukan lain boleh ditemui dalam nota kaki tahqiq Syaikh Syuaib}

Para ulama' hadith telah berselisih pendapat tentang dua versi riwayat di atas.Sebahagian kecil para ulama' hadith menghukum hadith tersebut sebagai hasan atau sahih (boleh diterima pakai).Dan majoriti para ulama' hadith yang pakar dalam kecacatan hadith menghukumnya sebagai dhaif dan tidak boleh dipakai dan dijadikan hujjah apatah lagi jika ia melibatkan persoalan akidah dan syariat.


Ulasan:

Hadith Ghadir Khum yang bersumber dari riwayat Zaid Ibn Arqam adalah ringkas.

Dalam riwayat yang lain yang juga terdapat dalam kitab-kitab Syiah,dinyatakan bahawa Rasulullah SAW telah menghantar Ali ke Yaman untuk mengutip 1/5 harta rampasan perang yang pada masa itu,pasukan tentera Islam dipimpin oleh Khalid al-Walid.

Secara ringkasnya,telah berlaku perselisihan faham antara Ali dan beberapa orang sahabat r.anhum dalam beberapa isu seperti isu wanita tawanan perang (sabiyy) yang akhirnya telah menyebabkan ketegangan di kalangan mereka.

Semasa perjalanan pulang Rasulullah SAW dari Makkah,mereka telah bertemu di satu tempat yang bernama Ghadir Khum.Oleh kerana keadaan menjadi tegang,maka Rasulullah SAW telah berkhutbah di kalangan para sahabat dan menyatakan kelebihan Ali r.anhu,serta mengingatkan bahawa Ali r.a adalah keluarganya dan perlu menghormatinya sebagaimana menghormati baginda.

Tiada perkara yang pelik dalam hadith tersebut.Namun kerana akal pengikut agama Syiah yang telah rosak,maka semuanya menjadi pelik dan bermasalah.

Jika difahami kenyataan Rasulullah SAW di atas secara sihat dan waras,maka sebenarnya tiada sebarang masalah akan timbul.

Ini kerana,Saidina Ali adalah utusan Rasulullah SAW ke Yaman.Maka mentaati Saidina Ali r.a adalah wajib seperti mentaati Rasulullah SAW.Dan ini bukan pertama kali Rasulullah SAW memerintahkan agar ditaati wakil Baginda Rasul.Jika begitu,adakah setiap wakil yang dihantar baginda Rasul dan diwasiatkan agar ditaati perintahnya,maka mereka juga berhak menjadi Imam Ma'sum dan menjadi Khalifah setelah wafatnya Rasulullah SAW?Sememangnya Syiah memang suka mereka-reka cerita karut.

KESAN

Dari penyelewengan hadis ini,maka para Syiah berusaha mencari-cari kesalahan peribadi Saidina Abu Bakar As-Siddiq untuk membuktikan bahawa beliau tidak layak menjadi khalifah dan bersalah kerana kononnya 'tidak mematuhi' hadis Ghadir Khum.Aktiviti mencari-cari kesalahan berakhir dengan mencaci-maki sahabat utama Rasulullah s.a.w ini,menuduhnya dengan pelbagai maksiat dan keburukan sifat serta ada yang sampai mengkafirkan beliau.


Hadis 12 Khalifah

Dalam wawancara ini juga Ustaz Kamil ada menyebut tentang satu hadis dari Rasulullah s.a.w tentang 12 orang khalifah sesudahnya.Anehnya,ustaz Syiah ini mendakwa 'khalifah' itu merujuk kepada imam-imam mereka.Ini amat salah dari segi sejarah kerana hanya seorang Imam mereka sahaja yang berjaya jadi khalifah iaitu Saidina Ali r.a.

Kita rujuk hadis ini (terdapat beberapa lagi riwayat dengan maksud yang sama):

Daripada Jabir bin Samurah r.a. katanya, “Aku pergi kepada Rasulullah s.a.w. dan ayahku bersamaku, lalu aku mendengar Baginda bersabda, “Agama ini akan terus mulia dan teguh sehingga ke dua belas orang khalifah, lalu Baginda berkata dengan kalimah yang orang ramai tidak mendengarnya, maka aku berkata kepada ayahku, “Apakah yang Baginda katakan? Ayahku menjawab, “Semua mereka dari Quraisy”.(Riwayat Muslim)

Ulasan:

Golongan Syi’ah mengatakan dua belas khalifah atau amir yang terdapat di dalam hadith tersebut adalah dua belas imam maksum di sisi mereka. Ulama-ulama AHLUS SUNNAH menolak pegangan mereka dengan beberapa alasan. Antaranya adalah:
Di dalam hadith tersebut Nabi s.a.w. menggunakan kalimah amir atau khalifah dan tidak ada satupun riwayat yang menyebutkan kalimah imam dengan mufrad atau aimmah dengan lafaz jama’. Kalau dipandang kepada kalimah sahajapun ianya sama sekali tidak menepati imam-imam Syi’ah kerana kalimah amir atau khalifah digunakan kepada pemerintah.Sedangkan di kalangan imam-imam Syi’ah hanya seorang orang sahaja yang menjadi pemerintah.


Syair Imam Syafie

Ustaz Kamil Zuhairi juga menggunakan Syair Imam Syafie dengan tujuan seolah-olah Imam Syafie meredhai Syiah.

Ini adalah kata-kata Imam Syafie yang amat popular digunakan oleh Syiah Melayu hatta simpatisan Syiah seperti penulis tersohor Malaysia,Dr. Faisal Tehrani.

Syiah Melayu sering menggunakan hujah ini,

"Jika cinta kepada keluarga Muhammad adalah Rafidhah,maka saksikanlah jin dan manusia aku adalah Rafidhi"

Ini adalah kata-kata atau syair dari Imam Syafie.Syiah Rafidhah menyelewengkannya kepada hadis yang kononnya dinukil oleh Imam Syafie.

Motif Syiah Melayu ini adalah untuk mendakwa bahawa Imam Syafie sendiri meredhai Rafidhah.Sebenarnya,hujah ini menikam mereka sendiri,kerana Imam Syafie BUKAN mengiktiraf dirinya sebagai syiah,tetapi maksud kata-katanya ialah: MEMPERTIKAIKAN BAHAWA RAFIDHAH (SYIAH) CINTA PADA AHLI BAIT.

Hanya mereka yang tidak memahami uslub Bahasa Arab yang mengatakan Syafie mengaku Rafidhah/Syiah.Orang yang belajar Bahasa Arab boleh bandingkan uslub Syafie dengan uslub Quran ini:

Firman Allah s.w.t:

"Katakanlah (Wahai Muhammad) Kalaulah Tuhan al-Rahman mempunyai anak, maka akulah yang mula-mula memuliakannya".

(Al-Zukhruf: 81)


Ayat ini bukan menunjukkan Nabi memuliakan anak Tuhan, tetapi MENAFIKAN TUHAN ADA ANAK.

Sama dengan syair Imam Syafie, bukan mengaku sebagai Rafidhah (Syiah) tetapi MENAFIKAN RAFIDHAH CINTA AHLI BAIT.Dengan kata lain,Imam Syafie memperli dakwaan golongan Rafidhah yang kononnya cintakan Ahli Bait.

Ini ditegaskan oleh Imam Syafie sendiri:

"Aku tidak pernah melihat orang yang lebih dusta penyaksiannya daripada Rafidhah". (Siyar A'lam Nubala)

Jika Syiah Melayu menggunakan hujah ini,pada masa yang sama dia juga mengaku berfahaman Rafidhah.Maka kita boleh tahu dia adalah Syiah pelampau dari kalangan Imamiyyah.Perangkap yang dia beri nampaknya bukan sahaja memakan diri malah membogelkannya dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.


KESIMPULAN

Syiah Melayu (juga Syiah yang lain) berusaha untuk 'mengislamkan' diri sendiri dengan mendapatkan restu umat Islam.Antaranya dengan menggunakan isu Palestin.Sikap kita sebagai umat Islam,untuk menghadapi musuh Islam yang lain seperti Zionis,adalah strategik untuk merelakan Syiah ini untuk berganding bahu menentang Yahudi Zionis dan kuncu-kuncunya.Tetapi untuk meraikan segala bidaah dan kefasiqan mereka,tidak sama sekali.

Sekali lagi ditegaskan dalam hal ini,Syiah Imamiyah adalah saudara SeIslam selagi mereka amalkan 5 rukun Islam (baca:Islam pada nama)

Namun yang membezakan Syiah Imamiyah dengan umat Islam yang ikut cara Nabi s.a.w ialah...

Mereka bermazhab ahli bidaah dan fasiq.

Bidaah:suka mereka-reka benda yang tidak ada dalam agama Islam

Fasiq:mempertahankan bidaah,mencerca sahabat dan isteri nabi (terutamanya Aishah r.a),mengarang hadis palsu,menyeleweng hadis,menyeleweng sejarah/sirah dan sebagainya.


TINDAKAN

Sebagai umat Islam,kita perlu merapati mereka dan mengajak mereka kembali ke jalan Nabi s.a.w.Tindakan serbuan yang memalukan mereka seperti yang dilakukan oleh JAKIM adalah kurang bijak.Ini menyebabkan mereka semakin benci dengan umat Islam (baca:Ahli Sunnah wal Jamaah).Tindakan meraikan segala bidaah mereka seperti yang dilakukan oleh Dr. Faisal Tehrani juga tindakan yang bukan sahaja kurang bijak malahan pelik bin ajaib.Ini samalah seperti kita meraikan perayaan Thaipusam dan menceritakan keagungan patung-patung Hindu atau meraikan upacara sami-sami Buddha memuja Amitabbha (jelmaan Buddha).Tindakan ini bukan menyatukan umat Islam malah mendatang fitnah kepada dirinya serta dosa kerana bersekongkol dengan segala kefasiqan mereka.

Tindakan beliau juga samalah seperti menceritakan segala kehebatan dunia Amerika dan Eropah,teknologi mereka yang hebat-hebat dan bertanya,mengapa mereka berjaya dan maju?(Amerika lebih berkaliganda maju dari Iran).Kemudian Dr. Faisal menunjukkan salib dan patung Jesus kemudian menyuruh umat Islam menangisi penyaliban Jesus dengan alasan,menangisi Jesus sebagai salah seorang nabi membawa kebaikan,sebagai contoh.

Sebab itu,kita sepatutnya membawa mereka ke jalan kebenaran BUKAN MERAIKAN mereka sehingga seronok bermain-main di jalan bidaah.

Hujah-hujah Syiah Melayu tidak akan lari dari apa yang disebut di atas.Jika mereka terdesak,mereka akan gunakan plan B,taqiyyah.Kemudian mereka akan hadirkan berpuluh-puluh hadis palsu dan penyelewengan hadis.


SIAPA YANG SELALU KENA TIPU?

Orang yang kurang didikan agama,pelajar-pelajar,kanak-kanak mentah,orang dewasa namun berfikiran seperti mumaiyiz,orang yang tidak suka mengkaji dan orang terlalu banyak mengkaji tetapi tenggelam dalam hasil kajiannya (Baca:Dr. Faisal Tehrani)


Waahualam

17 comments:

Anonymous said...

buat lah sebuah buku .....
dan ceritakan segalanya pasal syiah....
sejarah mereka
apa mereka buat...~~
semuanya.....hasilkan buku ya....

dan gunakan akal....
kerana ia sebaik-baik anugerah ciptaanNya....

Wslm

Anonymous said...

Ahsan ya akhi, semua yang anta katakan nampak macam betul. Tapi sayang, blog ni kuat betul bau wahabi totok.

Ihya-Ulumiddin said...

Wslm wahai saudaraku anon 2011, 3:45,

bagaimana boleh melabel orang sedakang kamu belum berjumpa lagi seseorang itu dan kamu boleh tahu bahawa "itulah si wahabi" . jangan lah begitu wahai saudara , jika saudara pergi nnt mungkin akan dipersoal nnt jika salah tuduhan itu.(waallahualam)

:)

organisasi "wahabi" ini telah menjadi nama yang sgt sensitif/busuk bagi sesetengah orang/pihak kerana pergerakan mereka yang telah diambil kesempatan oleh orang-orang "tertentu".


adakah jika saya bermazhab hanafi saya turuf di gelar wahabi juga?


sudahlah , sekarang kita tak perlu membenci siapa-siapa lagi. tujuan cerita syiah ini juga bukan kerana membenci syiah tetapi hendak memeberitahu kepada mereka bahawa... jika kamu benar-benar mencintai Ahlul-bait.


cari lah jalur yang benar. kebanyakkan golongan sufi/Tarekat itu amat mencintai Ahlul bait dan ada setengah dari mereka juga adalah Ahlul-Bait Rasulullah sendiri. ambil la kesempatan ini belajar dengan mereka bukan dari "syiah" .


perhatikan nnt jalur sanad Tarekat adakah mereka itu terus-menerus sanad ilmu dari Ahlul-Bait , dan kenapa mereka menolak syiah juga? lihat pada Iman abu Hanifah r.a, adakah ia berguru dengan Imam Jaa'far siddiq r.a yang dicop "Syiah" kenapa Gurunya tidak mengajar Imam Hanafi menjadi syiah dan Imam Hanafi pula membawa perjalanan lain dari syiah sedangkan itukn gurunya?

diteruskan lagi oleh Imam Malik r.a , Imam Syafie (Ahlul-Bait) tetapi kenapa mereka bawa permahaman yang lain dari syiah?

maafkan saya jika saudara sensitif dengan wahabi , maafkan mereka lagi bagus dari membenci mereka begitu juga dengan saudara syiah kita ini. sampaikan kebenaran yang berlaku dalam sejarah syiah kerana kita juga sayang mereka sebagai saudara seIslam.


Artikel ini tidak maksudkan semua saudara kita yang mengikuti syiah berdosa atau murtad atau sesat pun , tetapi mereka didalam kesamaran tetang mengetahui kebenaran ada berharap sekecil-kecil usaha ini agar dapat membantu permahaman tetang siapa itu "syiah" , Ulamat "syiah" dan apa itu "syiah".

semoga membantu. Terima kasih.

@anon 8.53

Terima kasih kerana memberi sokongan. saya tidaklah arif dalam bidang penulis tetapi insyaAllah saya akan menulis dan usahakan, penulisan artikel ini juga dari sahabat saya yang kami punya maksud yang sama terhadap permahaman tetang syiah.

harap membantu . :)

Wallahualam.

Anonymous said...

wahaboy la korang ni..

Anonymous said...

Assalamu'alaikum.

Pada penelitian saya, artikel di atas penuh dengan mainan kata-kata yang memutar-belitkan fahaman sebenar tentang Islam. Penulis menyampaikan fakta-fakta yang banyak ruang pertikaian tetapi menyusun ayat-ayat sehingga nampak seperti cantik seolah-olah itulah pendapat yang sebenar-benarnya, namun sebenarnya ia penuh dengan tipu daya. Maaf, sebab saya tiada kesempatan untuk menjelaskannya di sini. Lagipun saya merasakan apalah gunanya berhujah dengan orang yang bukannya hendak mencari kebenaran hakiki tetapi lebih kepada mencari salah serta menganggap hanya apa yang dia faham sahaja yang betul. Sungguh JUMUD!!

Saya menasihatkan para pembaca yang budiman agar berhati-hatilah dengan dakyah sang penulis. Pembaca hendaklah berada di luar kepompong fanatism mana-mana fahaman atau mazahab sekiranya hendak mengetahui siapa yang berkata benar. Gunakan aqal kurniaan Allah untuk menilai tanpa membiarkan sebarang tembok mana-mana fahaman menjadi penghalang atau hijab dalam memahami apa-apa permasalahan. Jangan terus percaya sahaja semata-mata penulis membawakan hujah-hujah dari Al-Qur'an dan hadis kerana boleh saja penafsiran dan pengertian hujah-hujah tersebut disalahertikan dan terarah kepada apa yang sang penulis hendak sahaja. Jangan berada di dalam kotak pemikiran sang penulis yang JUMUD itu, tetapi beradalah di luar kotak pemikiran mana-mana fahaman dan mazahab.

Hendak tahu tentang Syiah bukan dengar ceritanya dari Sang Pembenci Syiah. Tanya kepada orang Syiah sendiri dan dapatkan huraian dan penerangan yang lebih lengkap dari mereka. Bukan dapatkan penerangan dan tafsiran dari orang yang membenci Syiah menurut apa yang di faham. Kerana, apa yang penulis faham tentang Syiah itu belum tentu benar. Dapatkan penerangan dan tafsiran dari pembenci Syiah sudah tentulah jawapannya Syiah itu buruk segala-galanya.

Sekian, wassalam.

Anonymous said...

Begitu juga pandangan Syiah terhadap Sunnah bukan begitu wahai En Anoy?

keburukan juga akan terpapang pada Sunni juga dari mendapat pandangan dari Syiah.

penulis berkongsi maka terpulang pada pembaca untuk menilai kerana perdebatan antara sunni dan syiah tiada hujung smpai sekarang.

jika saudara hendak mengatakan pembaca jangan menbaca adalah silap , kerana kamu juga ingin pembaca membaca pandangan syiah(mungkin dari saudara) tetang sunni yang mempertahankan sahabat Rasulullah yang lain. betul tidak?

tiada paksaan untuk menerima dan menolak kerana Allah mengurniakan akal untuk berfikir.

semoga saudara berlapang dada untuk menerima pegangan penulis.

insyaAllah.

salam.



- Bani

Anonymous said...

Assalamu'alaikum.

1) Jangan nak memandai buat andaian saya handak pembaca jangan membaca. Ni Ke kerja anda? Membuat andaian buruk kepada orang lain yang tak sehaluan dengan anda? Sungguh Keji!!

2) Jangan nak memandai buat andaian saya ingin pembaca membaca pandangan Syiah dengan memungkinnya dari saya. Kekeliruan ciptaan saudara ini sungguh hina!!

3) Baca betul-betul tulisan saya! DAn fahamkan betul-betul apa yang saya nak sampaikan! Jangan membuat komen diluar konteks! Anda nampak seperti orang tidak bijak dan langsung tidak matang!

4) Saya tidak langsung kesah apa pegangan saudara. Itu suka hati anda lah. Saya hanya memberi peringatan kepada pembaca tentang kebejatan, kenistaan, kesongsangan dan kejahatan yang terkandung dalam tulisan anda. Kalau anda mahu teruskan apa yang anda percaya teruskan lah, apa saya peduli pun. Saya hanya peduli kepada pembaca. Dan Saya berhak memperingatkan pembaca.

----------------------------------
Saya pernah dengan jamaah Al-Arqam, Saya juga pernah dengan jamaah ABIM, juga dengan jamaah Tabligh, bermusafir 4 bulan!! dengan jamaah PAS juga pernah.
Malahan juga pernah dengan WAHABI!! serta Ittiba' As-Sunnah

** WAHABI dan Ittiba' As-sunnah ni sama je..., brand je lain walaupun penulis blog menonjolkan yang syiah ni sukakan brand tapi sebenarnya mereka yang sering bertukar wajah untuk menyusup dalam berbagai kumpulan Ahlus-sunnah Wal Jamaah dan mengaku sebagai AHLUS-SUNNAH bukannya sebagai Ahlus-Sunnah Wal Jamaah. Ini lah brand terbaru mereka iaitu AHLUS-SUNNAH! Berhati2 pembaca! bukannya Ahlus-Sunnah Wal Jamaah tetapi AHLUS-SUNNAH sahaja. Kenapa? sebab kalau Ahlus-Sunnah Wal Jamaah mereka kena ikut fatwa2 imam yang 4 tapi bila mereka mengaku AHLUS-SUNNAH sahaja maka mereka bebas untuk ikut mana2 fatwa yang mereka suka malahan buat fatwa sendiri yang langsung tak masuk aqal dan bertentang dengan kesemua 4 mazahab Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan Quran dan Hadis juga. Ada la WAHABI ni dok celup Syafie sikit, Maliki sikit, Hambali sikit dan Hanafi sikit.

Tapi sayang, Umat Islam di Malaysia ni sangat senang terkeliru dan mudah sangat percaya tanpa meneliti betul-betul sesuatu perkara, bila dengar je AHLUS-SUNNAH depa dok ingat Ahlus-Sunnah Wal Jamaah. itu yang bila puak-puak WAHABI yang guna brand AHLUS-SUNNAH ni cakap, terus ikut dan percaya sebab depa dok ingat hal agama yang diperdengarkan adalah dari Ahlus-Sunnah Wal Jamaah.

Berbalik ke perenggan yang sebelumnya, jadi perjalanan saya mencari kebenaran terlalu panjang. Tapi sepanjang pengkajian saya tentang mazahab syiah ni, apa yang saya dapati mereka bukan menyatakan yang buruk tentang sahabat-sahabat mahupun ajaran Ahlus-sunnah wal jamaah. Sebenarnya ada sekelompok dari kalangan Ahlus-Sunnah Wal Jamaah yang agak dan terlalu Ta'sub(itu perkara yang biasa berlaku selagi namanya manusia) yang memulakan dulu menyerang fahaman Syiah. Tetapi yang menjadi luar biasa ialah apabila kelompok WAHABI la'natullah 'alaih yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh dengan menyerang Syiah sama ada dengan brand WAHABI dan yang sewaktu dengannya ataupun berselindung disebalik brand AHLUS-SUNNAH (bukan Ahlus-Sunnah Wal Jamaah! Hati-hati!!) yang jelas menggambaran betapa pengecutnya mereka dgn sikap sesumpah itu.

Jadi apa yang para-para ulama' Syiah harus buat ialah berhujah mempertahankan diri. Di sinilah terbongkarnya apa yang kononnya disebut sebagai keburukkan Ahlus-Sunnah Wal Jamaah (pada saya bukan keburukkan pun cuma kesilapan2 dalam mengambil hujjah sahaja) apabila para-para ulama' Syiah berhujjah dengan menggunakan hujjah-hujjah dari kitab-kitab Ahlu-Sunnah Wal Jamaah sendiri. Dalam erti kata lain, Ulama'-ulama' Syiah menyatakan bahawa ulama'-ulama' rujukan Ahlus-Sunnah Wal Jamaah juga memperakui apa yang di pegang oleh Syiah.

Anonymous said...

..sambungan

Tetapi puak-puak WAHABI @ AHLUS-SUNNAH ni tetap tidak puas hati kerana mereka khuatir Ahlus-Sunnah Wal Jamaah akan bersatu dengan Syiah yang akan membentuk Kesatuan Ummat Islam yang teguh yang mampu menumbangkan kuasa AMERIKA dan ZIONIS ISRAEL. Jadi, mereka bertindak dengan lebih aggresif lagi. Sehinggakan mereka sanggup mengubah isikandung dan memadamkan dalili-dalil yang menyokong Syiah dalam kitab-kitab mu'tabar Ahlus-Sunnah Wal Jamaah dan mereka mencetak semula kita-kitab yang telah diubah tersebut dengan nama kitab-kitab yang sama. Maksudnya, Kalau yang kena malu nanti bukan puak-puak WAHABI@AHLUS-SUNNAH ni tetapi golongan Ahlus-Sunnah Wal Jamaah kerana sudah pasti mereka akan berlepas tangan ketika itu dengan mengatakan mereka hanya mengambil hujjah dari kitab-kitab Ahlus-Sunnah Wal Jamaah, sedangkan kitab-kitab yang dimaksudkan adalah kitab-kitab Ahlus-Sunnah Wal Jamaah cetakan WAHABI@AHLUS-SUNNAH yang telah diubah kandungannya dan disebarkan ke seluruh dunia secara percuma!!

Ini tak ubah seperti perbuatan Syaitan apabila ahli-ahli neraka mengadu kepada Allah bahawa kesalahan dan dosa yang mereka adalah sibebabkan oleh Syaitan. Tetapi syaitan mengatakan AKU HANYA MENGHASUT (TAK SURUH IKUT PUN), TAPI KAMU YANG LAKUKAN.

Suasana ini menjadi lebih keruh lagi apabila datang WAHABI yang sudah pasti dibelakangnya (malahan mendapat dana langsung dari) ZIONIST ISRAEL dan AMERIKA la'natullah 'alaihuma. WAHABI (sama ada dengan label WAHABI atau AHLUS-SUNNAH) menjadi batu api yang memanaskan lagi pertelingkahan antara Syiah dan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Mereka menjadi budak suruhan kedua-dua Syaitan Akbar ini bagi mewujudkan suasana pergaduhan dan tegang antara kedua-dua fragment ini. Mereka tidak senang jika Syiah dan ASWJ bersatu. Mereka tambah tak senang lagi apabila Syiah sekarang lebih agresif melaungkan perpaduan antara Syiah dan ASWJ.

Oleh yang demikian saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya dalam Islam dari kalangan ASWJ, bersihkanlah ASWJ dari dakyah-dakyah WAHABI@AHLUS-SUNNAH la'natullah ini. Mereka telah banyak mengubah mazahab anda. Mereka telah banyak memesongkan anda. Mereka tidak dapat merosakkan Syiah maka mereka merosakkan mazahab anda dan melaga-laga kita kita dengan fahaman anda yang telah banyak berubah dan terpesong oleh mereka. Dalam hal ini Syiah tidak sedikitpun rugi kerana mereka tidak pernah berjaya merosakkan Syiah. Tetapi, mereka berjaya menyusup dalam ASWJ dan merosakkannya sedikit demi sedikit seperti anai-anai. Diluar nampak elok tetapi di dalamnya sudah rosak teruk. Syukur Syiah masih terpelihara dan kitab-kitab asal ASWJ yang belum diubah oleh mereka masih kami simpankan untuk anda untuk rujukan anda di masa mendatang jika semua kitab-kitab anda telah dirosakkan oleh WAHABI@AHLUS-SUNNAH la'natullah ini. Marilah kita SYIAH dan ASWJ bersatu dan marilah kita hapuskan WAHABI@AHLUS-SUNNAH la'natullah dari muka bumi ALLAH ini. Singkarkan mereka dari bumi Malaysia. Cukuplah kerosakkan dan perpecahan antara kita yang telah mereka lakukan. Saya pasti, memerangi mereka ini satu JIHAD yang sangat besar. Mudah-mudahan jika kita mati dalam memerangi mereka ini kita mengharapkan Allah mengurniakan maqam Syuhada' kepada kita.

ALLAHU AKBAR!
ALLAHU AKBAR!
ALLAHU AKBAR!

Bani said...

Saya juga berharap begitu. Semua Umat Islam dengan penuh harapan agar kesatuan itu terjadi.

jika hendak membenci kami pun terpulang wahai saudara dan sahabat.

saya tidak menyentuh bab peribadi seseorang syiah @ pun sunni.

jika ia Syiah dan berpegang pada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw maka insyaAllah benarlah pegangan dia.

walaupun sunni@sunnah tidak pegang kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw maka saya juga mengatakan ia terkeluar dari golongan itu.

baik syiah atau pun sunni , ini semua adalah istilah nama yang diberikan sahaja tetapi apa yang penting adalah akidah kamu terhadap Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw , benar?

kamu boleh mengatakan bahawa didalam ASWJ sendiri terdapat perpecahan , itu saya tidak menafikan kerana bukan label "ASWJ" yang Allah swt lihat tetapi Allah lihat Taqwa kita terhadap pegangan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Jika kamu menyayangi sahabat2 Rasulullah saw terutama Khulafah Rasyidin (Termasuk juga Ali k.w.j)maka benarlah kamu wahai saudara dan sahabat.

saya mencintai Ali karramah 'llohu wajhah. termasuk Ahlul Bait yang lain.sepertima Rasulullah memberi amanah kepada Umat-nya agar menjaga keluarga Baginda saw. Adakah pembokaran syiah ini telah membuat kamu rasa tidak senang?

dan ingat..

bahawa Rasulullah juga menyuruh kita menjaga nama baik Sahabat-Sahabatnya yang lain.

jika Syiah menyayangi mereka maka saya berlepas diri dan memohon kemaafan kerna menyingung perasaan kamu.

dan mungkin tertanya-tanya lagi kenapa saya meletakkan isu syiah disini?

kerana syiah yang sepatutnya menjadi "syiah" tidak menjalankan tanggunjawab mereka.

jawab dengan ikhlas bahawa adakah syiah menolak Abu Bakar r.a dan Umar r.a kerana tuduhan syiah mengatakan bawaha mereka mengambil kuasa / kedudukan yang sepatunya diserahkan kepada Ali k.w.h?

dan mengatakan bahawa Ali k.w.h itu Maksum?

Anonymous said...

huhuhu~takiyah2~xabes2~tu la syiah~ei, anyous,kalu ko habaq ahlisunnah waljmmh memperakui syiah, buktikan? ulama2~iran korang pn pangkah abu bakar, omar n uthman? ape citeee???toksah duk takiyah kt sini laa~meh jumpa berdepan~aku nk jumpa ang,terang depan2~kalu benar ang punya komen, berani kerana benar kn? aku trima kalu silap aku, jgn duk berkokok dlm nie xpasai2 tuduh org len wahabi, tnpa ada bukti, bila org kate ke die, mara? ang kata org sedap? meh jumpa meh, ckp sje xgune,kuaq hujah2 ang~yakin kn aku~aku accept~senang~kita bermuzakarah krana allah, btul x?

Anonymous said...

ada satu lg penambahn~aku nk tnye ang,ang syiah imamiyah?? jgn lupe tjuk skali kitab rujukan syiah ang ek, utk pengetahuan hang, termasuk ang nie~dah org syiah yg ke berapa puluh dah aku jumpa n tnye2~mcm2 ragam~haish,takiyah2~tu jer la keje angpaa~

penuntut ilmu said...

wahai saudaraku..

imam ali r.a pnh berkata : wahai pengikut ku jgn la engkau berkata atau bercakap tentang perkara yg engkau tidak tahu..kerana itu akan mnimbulkan dusta dan perbalahan antara kamu..

sye telah bace keseluruhan komen-komen saudara-saudaraku sekalian. di sini sye tidak menuduh dimana2 pihak, kerana setiap komen yang ditinggalkn oleh saudara-saudara sekalian mggambarkn sjauh mner kefahaman dan ketakwaan saudara terhadap islam..itu hak anda semua..bagi mereka yg memahami kata-kata mutiara imam ali r.a, anda tahu sya dipihak mna.. sye ckup sedih dgn luahan yg disampaikn di dlm blog ini..ad 1 komen yg sye berminat untuk memberikn pndapat sya disini iaitu berkenaan

"perbezaan Syiah dan Sunnah (baca:umat Islam) adalah kerana FAKTOR SEJARAH,bukan KEBENARAN.Daripada faktor sejarah inilah,para ulama Syiah memutarbelitkan sejarah dan mengarang hadis-hadis palsu"

ini adalah petikan yg sya ambil dari penulis ulasan..jika saudara berkata pengikut syiah adlah faktor sejarah, bukan kebenaran..bagaiman care saudara mendapatkn kbenaran?? adakah melalui akal logik saudara?? atau atas nama islam mewarisi ketrunan?

maafkn sye jika terlalu kasar kata-kata sye..klo sye salah tlng tunjukkn..kerana kte nie sentiase menuntut ilmu..bahawasanye imam ali r.a adalah pintu segala ilmu..semoge allah swt merahmati kte sekalian...selawat..

Anonymous said...

salam wahai penuntut ilmu~bahagaimana kah kamu mendapatkan kebenaran??? ilham?? magic?? gerakati??

dah tentu tidakkn?? bagaimana pula kamu dapat kenal agama??
tibe2?? celik2 dah cerdik??

disinilah peranan sejarah,btul tak?? kebenaran yang allah letakkan dimuka bumi semestinya dapat dicapai oleh pancaindera lima kita+ akal,

tolak tepi islam keturunan ok, even ulama xkisah la syiah or sunni pn,wahabi ka, sufi ka, apa ka, mse depa belajaq dulu pn sejarah memainkan peranan, even hadis2 diturunkan pn sejarah memaikn peranan, plzz dun kecil kn pemikiran, mksud sejarah disini luas ok, cth, nk tau hadis sahih, mesti la kene tgk perawi,ok or tak, kat situ pn dah kene cek latar berlakang, (tu kn dah dipagil sejarah kehidupn seseorang),

tu cth cek oi~cmtu gak ngn rasulullah, saidina ali, cmne korang kenai?? mgic kaa?? sejarah kn~~
di situ terletak kebenaran, kaji lah dua-dua sumber,dan teliti fikir buat lah desicion, disamping tawakal, mtak petunjuk,

maaf kalu ade terkasar bahase, peaceee~salam

penuntut kebenaran

Anonymous said...

salam, neyh~senang cite cmni la~angpa yg syiah tu~pi men jauh2~shuh2~nk hingaq pn xguna,

asal muzakarah xleh nk trima gak, utk pengetahuan~kalu nk taw wahai sahabt2~nie la keje depa, kalu kita punya hadis yg taraf soheh pn depa duk pgkah, sah2 mmg depa xleh trima kita, then nk suh plak kita trima depa?? alasan, coz depa punya btul~tu ja la dri dulu duk kokok, mehhh~bawa bukti kalu kata angpa punya btul~bila kita kata "sahabat sekian2 betul" ckp hadis sekian2~depa kata slh, time depa~msti kene konfem betui pnya~messtii~wajib, sejarah depa pn depa kata betui~time sejarah kita~depa kata reka2~wahai shabat2~mmg smpi kesudah pn xkn dpt kata sepakat,abis semua depa kata salah~istri nabi pn kena, saidina omar pn kene, abu bakar pun kene,
angpa pikiaq la nie ek, nk kompromi ka ngn orf yg kutuk isteri nabi?? kalu rosnah mat aris nie pun kita dah bising, nie depa nie lagi dasat~siap kapiaqkn lg,
aku xmo terbabit2 cmtu, jd kt sini dah terang2 perbezaan kita bkn mazhab tp pegangan akidah, xpcya pi tgk apa ulama2 iran tu dok kata, tgk kitab2 depa, lg mau trima??? haish,
utk yg syiah~ang menyalak la kt sini pn~igt dpt tarik??usaha lg naa~kami sentiasa akn bg kesedaran pda org2 yg melawat blog nie ttg bahaya syiahhh!! xpayah NK TAKIYAH LA KT SINI EK, DAH MASAK PNN ngn syiah~

penuntut ilmu said...

wahai penuntut kebenaran, kamu sudah salah faham kpada keterangan saya...

ape yg kamu terangkan itu la mksd saya..sye hormati pendapat penuntut kebenaran..kamu sndri telah merngkn prkre yg tersirat yg sye cube ingin smpaikn,..kebenaran dapat dirungkai melalui SEJARAH..

terima kasih sye ucapkn dgn pengetahuan yg saudara smpaikn..

cume 1 sje sye ingin tegor di dlm blog ini..sye paham dgn peranan dan tnggungjwab kita semua sebgai mukmin untuk menegakkn kebenaran..

ttpi pnggunaan bhase dan care pympaian saudara sedikit kasar..sye xberniat nk memalukn, mnunjuk pndai, atau mnjatuhkn sesorang..komen yg sesetengah saudara berikan boleh menimbulkn kemarahan dan kebncian kpd pembace-pmbace yg lain..

bagaimana kte ingin mnympaikn?? disitu, saudara tlah menunjukkan siapa saudara sbnrnye..bagaimana pula pndangan pnuntut agama lain jika melihat perbalahan antara orang islam?? maka, akan turun la martabat agama yg suci dan benar ini..

ini adlh komen sye yg terakhir, mngkin ad yg tidak selesa dgn komen-komen yg saya berikan...kita sesama islam perlu tgur menegur, klo sye salah tegor la sye, kerana teguran itu membawa kpd perubahan..

sye tidak mahu tergolong dlm golongan orang yg jahil..kte semua belajar agama dari kecil..mesti kte tahu apkah sifat2 masyarakat jahiliah...antare slh stunye :

"TIDAK BOLEH MENERIMA TEGURAN, DAN BONGKAK DENGAN APA YG AD, XKIRA KCIL MANEPN ILMUNYE.."

sekian dari sye, sejahteralah ke atas rasul dan keluarganya.. (qurbatan ilallah).

Anonymous said...

salam~tahniah ke atas kamu~sye ucapkn penuntut ilmu dan beribu kali maaf jika kate2 or bahase sye mgkin dinilai dgn pndgn yg kasar, sye trime tguran saudara, tp bkn bongkak or xleh trime, sye akui akn kelemahan penulisan sye dan cre penyampaian~mgkin dah terbese ayat koboi~xproper sgt,tp ape2 pn trime kasih kerana menegur~~ade benar kate2 saudara~boleh mneyebabkn pembace slh phm, yg bek dtg dri allah,dn semestinya yg buruk dari diri yg lemah ini~

sekian dri saya~sejahteralah ke atas jujungan nabi kita rasullulh dan keluarga serta sahabat2~

salam, peacee~~ n_n

penuntut kebenaran

Ihya-Ulumiddin said...

Salam Penuntut Ilmu,

berlapang dada menerima setiap kerenah manusia, insyaAllah kamu boleh atasi. (saya tidak mewakili pengkomen yang lain tetapi menghormati satu sama lain insyaAllah)

soalan : "bagaiman care saudara mendapatkn kbenaran??"


kamu juga sedia maklum tetang bagaimana mendapat kebenaran bukan, sudah tentulah dari Al-Quran dan Sunnah Nabi (perilaku-perlikaku Nabi yang telah dicatitkan didalam Al-Hadis) .


jadi mesti juga muncul keraguaan dalam hati ini "kenapa benda tu salah dan kenapa..dan kenapa.." jadi sini (1)AL-Quran sebagai "petunjuk,penjelasan dan perbezaan" untuk menejelaskan segalanya dan (2)dibantu oleh pesan/perilaku Rasulullah yang telah dicatit dalam hadis untuk panduan kita.

dan terang-terangngan Rasulullah kasih dan sayang kepada Para Sahabatnya termasuk juga Ali r.a. Kenapa tiba-tiba syiah menolak para sahabat + Isteri Rasulullah?

syiah(orang biasa) mungkin mengatakan "kami tidak pun menulis @ membenci @ mencaci" memang benar mungkin kamu tidak tetapi Ulama kamu? buku-buku kitab kamu? Hadis-Hadis kamu? (baca:Syiah)


maka kita harus paham "Syiah" dan Syiah.


kami juga menyayangi Ahlul-bait , malah kami orang melayu amat mencintai Ahlul-bait sehingga amalan kita byk dengan berzikir/berzanji/maulid2 siapakah yang membawa amalan ini kalu bukan pencinta Nabi / mungkin dari Ahlul-bait sendiri.


tidak pernah terfikirkah saudaraku? disini syiah mengambil kesempatan sejarah sini untuk menyerapkan kisah-kisah syiah yang direka untuk mempengaruhi kita.


jadi jangan keliru & pelik kerana disini byk yang bersusur-jalur Ahlul-Bait dan byk dari kami amat sayang Ahlul-bait termasuk Imam(11) syiah itu sendiri. tetapi kene ingat.. kami tidak menerima akidah syiah. itu saja.


Waallahualam.


maafkan diri saya dan pengkomen yang lain (tidak kiralah yang menerima @ menolak). Dosa dan Pahala milik Allah swt. kita cuma berusaha yang terbaik. insyaAllah.


kedatangan semua amat dialu-alukan.